Sunday, April 5, 2009

Rasionalnya Pilih Dato' Siti dan Amy Search


Pada minggu lepas, kesemua pelajar AF7 yang tinggal iaitu seramai 11 orang telah menyanyikan lagu-lagu nyanyian 2 ikon handalan Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza dan Amy Search.

Yang menariknya, pelajar-pelajar lelaki akan diberikan tugasan untuk membawakan lagu nyanyian Siti manakala pelajar perempuan pula menyanyikan lagu Amy Search.

Bagi saya, idea ini ada bagusnya kerana ia satu ujian untuk membuktikan mutu nyanyian dan vokal sebenar pelajar terbabit sebab kalau lelaki nyanyi lagu lelaki orang akan mula buat perbandingan dengan penyanyi asal, sebaliknya kalau artis lelaki dendang lagu artis wanita, orang sukarlah nak compare. Kesannya keluarlah originality seseorang pelajar itu.

Rasionalnya memilih lagu 2 superstar Melayu itu juga boleh dianggap satu tribute kepada mereka. Kita tahu, Dato' Siti mahupun Amy juga mempunyai nama yang sangat besar di rantau Asia Tenggara terutama di Singapura, Brunei Darussalam dan Republik Indonesia.

Bagi yang dah tengok Diari AF7 minggu ini, anda tentu nampak Amy dan Dato Siti datang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Pada itu juga, Rubisa dan Zizi telah tersingkir..apa nak buat,dah bukan rezeki diaorang..

No comments:

Post a Comment