Saturday, April 25, 2009

Album Duet Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti

Dato' Siti Nurhaliza


Kris Dayanti

Bercerita tentang perkembangan karier seninya, kata Kris Dayanti, selepas menjayakan Minggu Setiausaha pada 21 April yang lalu, dia akan terus membuat persiapan rapi sempena konsertnya di Esplanade itu, setelah dua tahun tidak mengadakan sebarang konsert.
Kali terakhir Kris beraksi di pentas konsert ialah ketika menjayakan Konsert 3 Diva pada tahun 2007.


Selain itu, Kris juga akan bekerjasama dengan komposer dan penyanyi Melly Goeslow untuk sebuah lagu tema filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ berjudul Menanti Cinta.


Menurut Kris lagi, dia juga sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album duet bersama rakan artis yang cukup akrab dengannya, Dato' Siti Nurhaliza.


“Insya-Allah, kami akan hasilkan album duet bersama. Sebenarnya idea ini sudah kami bincangkan sejak November tahun lalu.


“Apa yang pasti, album itu nanti akan menampilkan khidmat komposer dari Indonesia dan Malaysia. Saya mungkin akan berduet dengan Siti untuk buah lagu dan dua buah lagi adalah lagu-lagu lama kami,” kata Kris yang akui cukup teruja dengan idea perancangan album duet itu.

No comments:

Post a Comment