Sunday, May 3, 2009

AIM 16 sekadar 'Indah Khabar Daripada Rupa'

Keputusan siapa yang memenangi Lagu Terbaik dan Album Terbaik AIM 16 sudah diketahui. Namun di sebalik anugerah yang diwar-warkan sebagai anugerah paling berprestij ini, sebenarnya hanya 'indah khabar daripada rupa'.

Bagi penulis, yang paling ketara mengapa anugerah kali ini tidak segah namanya adalah apabila pihak penganjuran banyak menambah dan menukar kategori. Tidak salah apabila pihak penganjur ingin menukar dan menambah kategori, tapi biarlah yang bersesuaian. Penganjuran kali ini dilihat lebih mengutamakan lagu-lagu single, dan bukannya album. Ternyata 'niat' pihak penganjur itu bakal menyebabkan banyak artis kita yang selepas ini akan mengeluarkan single, dan bukannya album.

Kategori yang tidak sepatutnya ditukar adalah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album yang telah ditukar kepada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu. Kategori ini sepatutnya menilai vokal seseorang artis itu dalam kesemua lagu di dalam album, dan bukannya dalam sebuah lagu semata-mata. AIM adalah anugerah bagi menilai keseluruhan prestasi seseorang artis itu menerusi lagu dan album. Apabila seseorang artis menghasilkan album, itu bermakna artis itu komited dengan kerjayanya. Tidak dengan hanya bersandarkan lagu single sahaja, yang semata-mata mahu menunjukkan kepada masyarakat yang seseorang artis itu masih lagi wujud. Namun, selepas seketika, diam menyepi tanpa khabar berita.

Industri muzik kita sebenarnya kecil dan kita mahukan artis-artis yang benar-benar komited dengan kerjaya sebagai penyanyi. Bukan dengan menghasilkan satu lagu single, menang anugerah kemudian sepi tanpa sebarang berita. Penulis rasakan dengan membenarkan lagu single bertanding tanpa album, bakal menggalakkan artis kita untuk tidak menghasilkan album, tetapi lebih kepada lagu-lagu single sahaja.

Penganjuran AIM kali ini dilihat secara keseluruhannya adalah tidak berjaya sama sekali. Baik dari segi pengacaraan, pentas, persembahan malahan anugerah itu sendiri. Ketiga-tiga pengacara iaitu Afdlin Shauki, Adibah Noor dan Bob Lokman dilihat tidak berjaya menjadikan AIM kali ini berprestij, malah menjadikannya penganjuran anugerah paling teruk pada tahun 2009 setakat ini. Dengan menampilkan jenaka yang 'klise' dan kosong, serta langsung tidak menjaga kualiti AIM itu sendiri, pengacara patut ditukar untuk penganjuran AIM pada tahun depan. Lawak yang dibuat oleh pengacara langsung tidak kelakar dan seolah-olah dibuat. Host untuk program Blue Carpet (Naz, Sazzy Falak dan Awak Ashaari) juga tidak mencerminkan begitu prestijnya AIM kali ini. Dengan ketidaklancaran (yang tidak sepatutnya berlaku kepada host yang berpengalaman) oleh host kali ini, dilihat seolah-olah ketiga-tiga mereka ini tidak membuat 'homework' dan sebarang persediaan.

Melihat kepada persembahan pula, rata-rata persembahan yang ditampilkan adalah biasa-biasa sahaja dan membosankan. Bermula dengan persembahan oleh M.Nasir menerusi lagu dikir barat, begitu membosankan untuk sebuah persembahan pembukaan. Alunan merdu suara M. Nasir memang tidak dipertikaikan, namun apabila melihat kepada keseluruhan persembahan itu, tiada apa yang boleh dibanggakan. Tidak seperti persembahan pembukaan AIM 15 tahun lepas yang menampilan Faizal Tahir, AIM kali ini dilihat tidak begitu gah dengan namanya. Penulis percaya pihak penganjur ingin menampilkan elemen tradisional dan pop etnik pada persembahan pembukaan kali ini, namun sebenarnya banyak lagi persembahan yang boleh dibuat yang boleh menjadikan ianya lebih menarik. Dikir barat boleh diolah lebih baik seperti yang dilakukan oleh Dato' Siti Nurhaliza menerusi lagu Nirmala dalam Anugerah Juara Lagu, yang menjadikan dikir barat itu menjadi lebih menarik. Namun, itu gagal dilakukan oleh phak penganjur kali ini. Minta maaflah tapi itulah sebenarnya realiti yang patut diambil iktibar oleh pihak penganjur.

Persembahan kedua oleh Misha Omar menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa tenyata seperti persembahan yang biasa sahaja. Begitu juga dengan penampilan Dato' Sheila Majid menerusi lagu Lagenda dilihat terlalu 'klise' dan sudah banyak persembahan seperti itu yang pernah dipersembahkan oleh Dato' Sheila Majid. Kita mencari kelainan bagi sesebuah persembahan, namun ianya tidak dilaksanakan dengan baik oleh Dato' Sheila Majid. Mungkin persembahan daripada Faizal Tahir dan Rossa, Man Jiang Hong, Kumpulan Chakra Sonic dan Joe Flizzow sedikit sebanyak menyelamatkan persembahan AIM kali ini. Penampilan 5 artis muda tanah air iaitu Nikki, Dina, Ayu, Alyah dan Shila juga boleh dikritik hebat dan amat membosankan sama sekali. Persembahan itu seolah-olah hampir menyamai persembahan yang pernah dilakukan oleh 5 artis hebat tanah air di dalam AIM 2004 yang telah disampaikan oleh Dato' Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Sarah, Ning Baizura dan Misha Omar menerusi lagu Segalanya, namun persembahan kali ini dilihat tidak dapat menyamai persembahan pada AIM 2004 itu. Persembahan oleh kelima-lima artis muda ini dilihat tidak menampilkan persembahan yang bersama-sama, malah lebih untuk membuktikan siapa yang lebih hebat. Dina dan Nikki telah menenggelamkan Ayu, Alyah dan Shila, dan mereka berlima sebenarnya tidak membuktikan apa-apa pun kehebatan mereka kepada industri muzik kita.

Di sebalik kritikan ini, penulis amat berpuas hati dan gembira dengan kehadiran artis-artis indie bagi memeriahkan lagi industri muzik kita. Persembahan penutup oleh Hujan dan Meet Uncle Hussein wajar diberi pujian.

Saturday, May 2, 2009

LENTERA TIMUR: Album Terbaik AIM 16

Dato' Siti Nurhaliza terus mengungguli Anugerah Industri Muzik


Barisan komposer dan penulis lirik yang telah menjadikan
album Lentera Timur sebagai Album Terbaik AIM 16.



Lentera Timur


Akhirnya teka-teka mengenai siapa yang akan membawa pulang anugerah Album Terbaik dalam AIM 16 sudahpun terjawab semalam. Majlis yang kelihatan hambar dengan ketiadaan Dato' Siti Nurhaliza (kerana sedang menunaikan umrah), yang berlangsung di PWTC semalam, telah menobatkan album Lentera Timur (Dato' Siti Nurhaliza) sebagai Album Pop Etnik Terbaik seterusnya melayakkan album ini diangkat sebagai Album Terbaik AIM 16.

Ternyata album pop etnik yang membariskan ramai komposer dan penulis lirik yang amat berbakat ini layak untuk diangkat sebagai Album Terbaik AIM16. Dato' Siti Nurhaliza juga terus mengungguli antara kategori utama iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) apabila memenanginya buat kali yang ke-10 menerusi lagu Di Taman Teman. Walaupun bersaing dengan artis-artis muda kelahiran program realiti tv seperti Ayu, Dina dan Shila, ternyata bakat adalah melebihi daripada populariti, dan dengan bakat juga dapat meningkatkan populariti. Begitulah Dato' Siti Nurhaliza apabila beliau tidak digugat langsung oleh artis-artis muda ini. Walaupun kategori yang dahulunya Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album telah ditukar kepada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu, ternyata vokal Dato' Siti ditahap yang terbaik.

Selain itu juga, lagu Pada Cintanya ciptaan komposer Audi Mok nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q2, telah memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Namun, penulis sedikit terkilan apabila bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik telah dimenangi oleh Nafas Cahaya ciptaan M.Nasir nyanyian Misha Omar, dan bukannya lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman walaupun lagu itu tercalon bagi kategori yang sama. Lagu yang telah dicipta 2 tahun lepas tidak layak untuk memenangi kategori ini pada AIM tahun ini.

Dengan memenangi Album Terbaik AIM 16 kali ini, bermakna sudah 5 kali album Dato' Siti Nurhaliza diangkat sebagai Album Terbaik dalam AIM:
> ADIWARNA (AIM 1999)
> SERI BALAS (AIM 2000)
> E.M.A.S (AIM 2004)
> TRANSKRIPSI (AIM 2007)
> LENTERA TIMUR (AIM 2009)

Album Pop Etnik juga mengungguli kategori Album Pop Etnik Terbaik dalam AIM menerusi:
> SERI BALAS (AIM 2000)
> SAHMURA (AIM 2001)
> LENTERA TIMUR (AIM 2009)

Maka, dengan kejayaan Dato' Siti Nurhaliza itu menjadikan beliau artis terbanyak yang memenangi kategori Album Terbaik dalam AIM. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza.


Saturday, April 25, 2009

Konsert Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya




TANPA disedari, perjalanan seni figura terkenal bernama Dato' Siti Nurhaliza Tarudin sudah pun mencecah usia 14 tahun, 1 April lalu. Bagi seorang anak seni seperti Siti, berkemampuan untuk bertahan dalam bidang ini sepanjang tempoh itu adalah satu kejayaan manis buat dirinya.


Bukan mudah untuk berada di tempat di mana Siti berada ketika ini. Pelbagai pengalaman pahit manis, suka duka, asam garam terpaksa ditempuhi penyanyi berdagu lekuk ini sebelum mengecap kejayaan dan populariti yang sehingga kini masih belum pudar.


Justeru, sempena ulang tahun ke-14 pembabitannya dalam bidang seni, Siti ada cara tersendiri untuk meraikan dan berkongsi kegembiraannya itu. Sekian lama menyimpan hasrat, Siti berkata dia begitu teringin untuk mengadakan konsert amal.


Dan jelas si pelantun Di Taman Teman ini, konsert yang akan dijayakan di Istana Budaya pada Jun depan ini, adalah hadiah daripada hatinya, khusus untuk mereka yang sebelum ini tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya.


“Sebelum ini bukan Siti tak pernah ada konsert sendiri di Istana Budaya tetapi selalunya konsert itu Siti nyanyi lagu orang lain dan tidak sepenuhnya lagu Siti. Jadi untuk konsert yang akan datang ini, Siti akan nyanyikan lagi Siti sendiri sepenuhnya.


“Mengenai konsep, Siti masih belum memikirkannya lagi tapi apa yang boleh Siti ceritakan adalah Siti mahu konsert itu nanti mempunyai elemen seperti konsert Celine Dion di Las Vegas dan juga sewaktu saya mengadakan persembahan di Royal Albert Hall, London, empat tahun lalu. Siti amat tertarik dengan konsert itu kerana ia bukanlah sekadar nyanyian semata-mata. Ia adalah persembahan gabungan antara bunyi dan visual.

“Pun begitu, bukanlah bermakna saya meniru keseluruhan konsep persembahan Celine Dion. Konsert ini masih lagi mengikut acuan yang saya mahukan. Lagipun saya sedar untuk membuat konsert seperti itu pastinya memerlukan kos yang agak tinggi.


“Apapun masih terlalu awal untuk Siti menjelaskan lanjut mengenai konsert itu. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Siti sudah pun menghantar kertas kerja kepada pihak Istana Budaya. Kita tunggu saja nanti bagaimana perkembangannya,” ujar Siti ketika ditemui pada sidang media Secretaries’ Week Luncheon Special Exclusively With Kris Dayanti and Siti Nurhaliza di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tegas Siti apa yang lebih penting ketika ini adalah dia perlu mencari seberapa banyak penaja supaya konsert itu dapat direalisasikan.


“Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa. Jadi saya harap selepas ini adalah pihak korporat dan swasta yang sudi untuk menaja konsert ini,” tutur Siti sambil mengharapkan konsert itu nanti akan menjadi kenangan paling manis buat semua peminatnya.


Sempena menyambut ulang tahun kerjaya seninya yang ke-15 tahun depan, penyanyi ini juga akan muncul dengan sebuah buku biografi bergambar yang akan menyiarkan foto menarik dan eksklusif sepanjang Siti bergelar anak seni.






Album Duet Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti

Dato' Siti Nurhaliza


Kris Dayanti

Bercerita tentang perkembangan karier seninya, kata Kris Dayanti, selepas menjayakan Minggu Setiausaha pada 21 April yang lalu, dia akan terus membuat persiapan rapi sempena konsertnya di Esplanade itu, setelah dua tahun tidak mengadakan sebarang konsert.
Kali terakhir Kris beraksi di pentas konsert ialah ketika menjayakan Konsert 3 Diva pada tahun 2007.


Selain itu, Kris juga akan bekerjasama dengan komposer dan penyanyi Melly Goeslow untuk sebuah lagu tema filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’ berjudul Menanti Cinta.


Menurut Kris lagi, dia juga sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album duet bersama rakan artis yang cukup akrab dengannya, Dato' Siti Nurhaliza.


“Insya-Allah, kami akan hasilkan album duet bersama. Sebenarnya idea ini sudah kami bincangkan sejak November tahun lalu.


“Apa yang pasti, album itu nanti akan menampilkan khidmat komposer dari Indonesia dan Malaysia. Saya mungkin akan berduet dengan Siti untuk buah lagu dan dua buah lagi adalah lagu-lagu lama kami,” kata Kris yang akui cukup teruja dengan idea perancangan album duet itu.

Minggu Setiausaha Dato' Siti Nurhaliza HEBAT!




Dato' Siti Nurhaliza tampil begitu mempesona dengan busana rekaan Amir Lokman dan dandanan yang menawan oleh Nurul Shukor



Persembahan Dato' Siti sangat menghiburkan dengan menyampaikan 10 lagu yang menjadi hits sepanjang karier beliau


Dato' Siti bakal menghasilkan album duet bersama Kris Dayanti


Dato' Siti pandai melayan peminat2nya




Foto oleh: AZHAR MAHFOF (The Star)

Sunday, April 19, 2009

Sejarah Kejayaan Cemerlang Dato' Siti Nurhaliza Dalam AIM



Album Pop Terbaik AIM 2008 -
HADIAH DARIPADA HATI

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2008 -
HADIAH DARIPADA HATI
Susunan Muzik Terbaik Dalam Album (Melayu) -
CINTAMU





Album Terbaik AIM 2007 - TRANSKRIPSI
Album Pop Terbaik AIM 2007 - TRANSKRIPSI




Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2006-
SITI NURHALIZA IN CONCERT: ROYAL ALBERT HALL LONDON




Anugerah Kembara AIM 2005
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2005 -
PRASASTI SENI

Susunan Muzik Terbaik Dalam Album AIM 2005 -
SEINDAH BIASA





Anugerah Kembara AIM 2004
Album Terbaik AIM 2004 - E.M.A.S

Album Pop Terbaik AIM 2004 - E.M.A.S

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2004 - E.M.A.S

Susunan Muzik Terbaik Dalam Album AIM 2004 -
BUKAN CINTA BIASA



Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2003 -
SANGGAR MUSTIKA

Susunan Muzik Terbaik Dalam Album AIM 2003 -
MERISIK KHABAR



Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2002 -
KONSERT MEGA SITI NURHALIZA



Album Pop Etnik Terbaik AIM 2001 -
SAHMURA

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) AIM 2001 -
SAHMURA



Anugerah Kembara AIM 2000
Album Terbaik AIM 2000 -
SERI BALAS
Album Etnik Terbaik AIM 2000 -
SERI BALAS
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) AIM 2000 -
PANCAWARNA



Album Terbaik AIM 1999 -
ADIWARNA

Album Pop Terbaik AIM 1999 -
ADIWARNA

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita) 1999 -
ADIWARNA



Lagu Terbaik AIM 1997 - JERAT PERCINTAAN
Artis Baru Terbaik (Wanita)

AIM 16: Dato' Siti Terus Menjadi Yang Terbaik




AIM 16 kembali lagi, dan Dato' Siti Nurhaliza kembali mempertaruhkan album pop etniknya iaitu album LENTERA TIMUR bg merebut anugerah2 yg begitu berprestij di dlm AIM 16 kali ini..
Album Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza tercalon bgi 4 kategori iaitu:

1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)
> AYU - Hanya Di Mercu
> DINA - Sejauh Ini
> SHILA - Memori Tercipta
> DATO' SITI NURHALIZA - Di Kayangan Kita
> DATO' SITI NURHALIZA - Di Taman Teman

Pilihan saya: DATO' SITI NURHALIZA (Di Taman Teman)

2) Album Pop Etnik Terbaik
> Khazanah Pujangga (Syura)
> Lentera Timur (Dato' Siti Nurhaliza)
> Selagi Ada Rindu (Shafie Ahmad)
> Zapin Suri (Haziq)

Pilihan saya: LENTERA TIMUR (DATO' SITI NURHALIZA)

3) Lagu Pop Etnik Terbaik
> Di Kayangan Kita - DATO' SITI NURHALIZA
> Di Taman Teman - DATO' SITI NURHALIZA
> Dirgahayu - RAMLAH RAM
> Nafas Cahaya - MISHA OMAR
> Zapin Suri - HAZIQ

Pilihan saya: DI TAMAN TEMAN (DATO' SITI NURHALIZA)

4) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu
> Pada Cintanya - DATO' SITI NURHALIZA
> Tiada Maaf - DANIEL LEE
> Aurora - ESTRANGED
> Di Taman Teman - DATO' SITI NURHALIZA
> Bukan Mimpi - FARHAN

Pilihan saya: PADA CINTANYA (DATO' SITI NURHALIZA)

Lagu Terbaik: DI TAMAN TEMAN (DATO' SITI NURHALIZA)
Album Terbaik: LENTERA TIMUR (DATO' SITI NURHALIZA)


Saya menjangkakan Dato' Siti Nurhaliza akan memenangi kesemua kategori tersebut..
sama2 kita nantikan pd mlm kemuncak AIM 16 pd 2 Mei nanti..

Dan khabar tak gembira buat peminat Dato' Siti semua, khabarnya Dato' Siti tidak membuat persembahan pd mlm berprestij itu..
Samada betul atau tidak, kita nantikan je lah..

Thursday, April 16, 2009

Fesyen Pemenang ABPBH 2008

Dato' Siti Nurhaliza 'Di Taman Teman'


Dato' Siti Nurhaliza (Penyanyi Wanita Popular)
*buat kali ke-12 berturut-turut


Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular)

Maya Karin (Pelakon Filem Wanita Popular)

Mawi (Penyanyi Lelaki Popular)

Stacy (Artis Baru Wanita Popular)

Fara Fauzana (Pengacara TV Wanita Popular)

Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular)

Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular)

Aznil Hj Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular)

Fesyen Artis Berpasangan di ABPBH 2008

Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa


Que Haidar dan Linda Jasmine

Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramli

dari kiri; Iz, Aishah Sinclair, Atilia, Sazzy Falak & suami, dan Syamsul Yusof

Rosma dan Khai

Riz dan Alyah

Norish Karman

Nadia

Mawi dan Ekin (cantik tas tangan LV tu)

Lisdawati dan Fauzi Nawawi

Linda Onn dan Syamsul Yusof

Leeya Hot FM dan suami

Siapa lebih popular?

Farid Kamil dan Lisa Surihani

Ezlynn dengan siapa tu?

Eizlan Yusof dan isteri (ini fesyen anugerah @ fesyen nak pergi pasar malam?)

Sheera, Aznah Hamid dan Richie Rachman

Asyraf Muslim dgn gadis mana pula tu?

Anita Sarawak dan Mahathir

Amiza Aznan dan suami

Aizat dan Liyana Jasmay

Ainul dan hero filem Talentime