Saturday, May 2, 2009

LENTERA TIMUR: Album Terbaik AIM 16

Dato' Siti Nurhaliza terus mengungguli Anugerah Industri Muzik


Barisan komposer dan penulis lirik yang telah menjadikan
album Lentera Timur sebagai Album Terbaik AIM 16.



Lentera Timur


Akhirnya teka-teka mengenai siapa yang akan membawa pulang anugerah Album Terbaik dalam AIM 16 sudahpun terjawab semalam. Majlis yang kelihatan hambar dengan ketiadaan Dato' Siti Nurhaliza (kerana sedang menunaikan umrah), yang berlangsung di PWTC semalam, telah menobatkan album Lentera Timur (Dato' Siti Nurhaliza) sebagai Album Pop Etnik Terbaik seterusnya melayakkan album ini diangkat sebagai Album Terbaik AIM 16.

Ternyata album pop etnik yang membariskan ramai komposer dan penulis lirik yang amat berbakat ini layak untuk diangkat sebagai Album Terbaik AIM16. Dato' Siti Nurhaliza juga terus mengungguli antara kategori utama iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) apabila memenanginya buat kali yang ke-10 menerusi lagu Di Taman Teman. Walaupun bersaing dengan artis-artis muda kelahiran program realiti tv seperti Ayu, Dina dan Shila, ternyata bakat adalah melebihi daripada populariti, dan dengan bakat juga dapat meningkatkan populariti. Begitulah Dato' Siti Nurhaliza apabila beliau tidak digugat langsung oleh artis-artis muda ini. Walaupun kategori yang dahulunya Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album telah ditukar kepada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu, ternyata vokal Dato' Siti ditahap yang terbaik.

Selain itu juga, lagu Pada Cintanya ciptaan komposer Audi Mok nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q2, telah memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Namun, penulis sedikit terkilan apabila bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik telah dimenangi oleh Nafas Cahaya ciptaan M.Nasir nyanyian Misha Omar, dan bukannya lagu Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman walaupun lagu itu tercalon bagi kategori yang sama. Lagu yang telah dicipta 2 tahun lepas tidak layak untuk memenangi kategori ini pada AIM tahun ini.

Dengan memenangi Album Terbaik AIM 16 kali ini, bermakna sudah 5 kali album Dato' Siti Nurhaliza diangkat sebagai Album Terbaik dalam AIM:
> ADIWARNA (AIM 1999)
> SERI BALAS (AIM 2000)
> E.M.A.S (AIM 2004)
> TRANSKRIPSI (AIM 2007)
> LENTERA TIMUR (AIM 2009)

Album Pop Etnik juga mengungguli kategori Album Pop Etnik Terbaik dalam AIM menerusi:
> SERI BALAS (AIM 2000)
> SAHMURA (AIM 2001)
> LENTERA TIMUR (AIM 2009)

Maka, dengan kejayaan Dato' Siti Nurhaliza itu menjadikan beliau artis terbanyak yang memenangi kategori Album Terbaik dalam AIM. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza.


No comments:

Post a Comment